Skip to main content

Seperti diumumkan oleh Mojang Studios sebelum ini, fungsi rentas platform untuk Minecraft Dungeons akan disertakan pada 17 November ini untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Melalui fungsi ini, pemain bolehlah menjelajah dungeon bersama rakan dari platform-platform lain.

Sejak dilancarkan pada 26 Mei lepas, Minecraft Dungeons telah menerima 2 kandungan tambahan iaitu Creeping Winters dan Jungle Awakens, penambahan ketiga Howling Peaks akan tiba pada bulan depan.

Minecraft Dungeons sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 , Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Minecraft Dungeons – Permainan Serba Ringkas.

Leave a Reply