Pada tahun lepas, kami telah melaporkan yang filem aksi nyata Mortal Kombat telah memulakan penggambaran, ia akan diterbitkan oleh James Wan dan diarah oleh Simon McQuoid. Ia sebelum ini dijangka akan tiba pada awal tahun 2021.
Namun, melalui kenyataan baharu yang dinyatakan oleh Todd Garner iaitu penerbit bersama untuk filem ini, mereka sepatutnya melakukan penggambaran semula untuk beberapa adegan, akan tetapi ia tidak dapat dilakukan buat masa ini kerana Covid-19.
Beliau juga mengatakan yang buat masa ini mereka tidak dapat berkongsi tarikh pelancaran sehinggalah pawagam dibuka semula, mungkin merujuk kepada pasaran Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, mereka juga tidak dapat mengeluarkan video acah lagi buat masa ini.
Antara senarai pelakon untuk filem ini adalah Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub-Zero dan Tadanobu Asano sebagai Raiden.