EA Berkongsi Kualiti Grafik FIFA 21 Untuk Konsol Generasi Baharu

Jika anda membaca ulasan kami untuk FIFA 21, grafik bukanlah masalah utama bagi permainan ini, akan tetapi kami masih teruja untuk melihat ia dimainkan di PlayStation 5 ataupun Xbox Series X.

Minggu ini, EA akhirnya berkongsi tangkapan skrin untuk versi tersebut, di mana anda boleh lihat-nya di bawah.

Bagi tangkapan skrin Xbox Series X, mereka memperlihatkan pemain Trent Alexander-Arnold, manakala untuk PlayStation 5 pula adalah Joao Felix. Ia memperlihatkan ketelitian yang lebih tinggi.

FIFA 21 versi khusus untuk PlayStation 5 dan Xbox Series akan tiba pada 4 Disember ini, sebelum ia dilancarkan anda masih lagi boleh bermain di konsol generasi baharu melalui sokongan keserasian belakang tanpa sebarang penambah-baikkan.

Pemilik FIFA 21 di PS4 ataupun Xbox One, boleh naik taraf percuma ke keluarga konsol yang sama, dan anda boleh membawa kemajuan FUT serta Volta, mod-mod lain hanya terhad di konsol asal sahaja.

Sohor Kini