Grounded Kini Mempunyai 5 Juta Pemain Selepas Lebih 3 Bulan Dikeluarkan

Obsidian Entertainment hari ini telah mengumumkan kemaskini untuk permainan Grounded yang akan menyertakan kawasan baharu Koi Pond, membolehkan pemain untuk menjelajah kawasan di dalam air. Selain itu, ia juga akan menyertakan haiwan liar, resipi dan juga cabaran baharu.

Pada pengumuman yang sama, mereka juga mengatakan yang permainan tersebut yang dikeluarkan secara akses awal pada Julai lepas kini mempunyai 5 juta pemain. Mereka sebelum ini telah mencatat 1 juta pemain selepas 2 hari dikeluarkan.

Grounded sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini