Sebelum ini, PlayStation Asia mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara khas sempena pelancaran konsol PlayStation 5 minggu ini Facebook dan Youtube rasmi PlayStation Asia yang menerima kritikan ramai akibat pemenang yang layak untuk memenangi hadiah utama hanya buat penonton di Singapura dan Hong Kong.
Terkini, bersempena dengan pengumuman rasmi harga PlayStation 5 di pasaran Malaysia, PlayStation Asia hari ini turut mengumumkan yang mana acara tersebut turut akan menyertakan hadiah utama, iaitu konsol Playstation 5 buat penonton Malaysia.

Berdasarkan senarai terma dan syarat yang disertakan oleh PlayStationAsia, acara tersebut akan memilih pemenang berdasarkan komen terbaik dan berjaya menjawab soalan yang terletak di pautan borang acara tersebut.
Dari segi hadiah, ia akan menyediakan hadiah konsol PlayStation 5 untuk seorang pemenang untuk setiap negara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Hadiah akan dihantar diumumkan sebelum 30 November dan dihantar pengikut pelancaran negara masing-masing.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai, anda boleh ke pautan ini untuk menjawab soalan yang akan di pamerkan ketika acara PlayStation 5 Asia Celebration malam ini. Acara tersebut pula akan ditayangkan melalui Facebook dan Youtube rasmi PlayStation Asia bermula jam 11 malam ini (11 November 2020).

Kami di Aksiz juga akan mengadakan sesi Ber-Aksiz khas sempena acara tersebut di mana anda boleh sertaikan pada jam 9 malam ini (11 November 2020) melalui saluran Youtube kami.
Selain itu, anda juga masih boleh memenangi tema khas PlayStation 4 “Fantasy” melalui acara “Quest” khas melalui pautan ini.