Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan harga konsol PlayStation 5 secara rasmi buat pasaran Malaysia dan ia akan dilancarkan pada 11 Disember 2020 ini. Menurut Sony, pra-tempah konsol tersebut akan bermula esok, iaitu 12 November 2020 melalui mana-mana pengedar rasmi PlayStation yang tersenarai.
Berikut adalah harga rasmi konsol PlayStation 5 dan seperti anda sedia maklum, PlayStation 5 akan dijual dengan dua edisi iaitu edisi digital (Tanpa pemacu optik Blu-Ray) dan edisi biasa yang menyertakan pemacu optik blu-ray).
- PlayStation 5 Edisi Biasa – RM2,299
- PlayStation 5 Edisi Digital- RM1,869
Selain itu, Sony juga mengumumkan aksesori-aksesori rasmi PlayStation 5 turut akan dijual dengan pra-tempah bermula esok iaitu:
- Alat Kawalan Dualsense – RM349
- Fon Kepala Pulse 3D – RM469
- HD Camera – RM279
- Media Remote – RM149
- DualSense Charging Station – RM149
Seperti yang kami laporkan sebelum, permainan-permainan PlayStation 5 juga kini sudah boleh dipra-tempah seperti Demon’s Souls, Marvel’s Spider-Man Miles Morales dan juga Sackboy A Big Adventure.
Bagi anda yang ingin membaca segala laporan berkenaan PlayStation 5, anda boleh ke pautan ini.