Skip to main content

Garena hari ini mengumumkan kejohanan buat permainan Free Fire iaitu Free Fire Continental Series (FFCS). Menurut Garena, kejohanan ini akan terbahagi kepada 3 siri utama iaitu siri Amerika, siei RMEA dan siri Asia yang akan diadakan secara serentak di tiga rantau tersebut.

Free Fire Continental Series akan berlangsung pada 22 November ini dan pusingan akhir akan ditayangkan pada 29 November kelak di Facebook rasmi Free Fire.

Menurut Garena, ketiga-tiga siri tersebut akan bertarung dengan format yang sama iaitu dengan 6 pusingan pertarungan antara 3 peta iaitu Bermuda, Purgatory dan Kalahari yang mana ia akan menggunakan sistem markah berdasarkan carta pusingan dan jumlah pasukan yang ditumpaskan.

Bagi negara Malaysia, siri tersebut akan memfokuskan di siri Asia yang terdiri daripada negara Malaysia, Taipei, India, Indonesia, Pakistan, Thailand dan Vietnam. Setiap siri menyertakan wang hadiah sebanyak RM1.2 juta terkumpul dengan keseluruhan siri sebanyak RM3.7 juta wang hadiah.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke Facebook rasmi Free Fire untuk mengetahui informasi lanjut termasuklah pasukan yang akan menyertai kejohanan tersebut.

Leave a Reply