Skip to main content

Bagi anda yang log masuk di dalam konsol PlayStation 4 anda hari ini, anda mungkin akan terkejut dengan aplikasi PS5 Remote Play yang berada di menu utama konsol PlayStation 4 anda.

Sony hari ini secara rasminya melancarkan aplikasi PS5 Remote Play buat semua pemilik PlayStation 4 di mana melalui fungsi tersebut, pemain berupaya untuk bermain konsol PlayStation 5, melalui konsol PlayStation 4 secara atas-talian.

Akan tetapi, dari segi fungsi lain, aplikasi ini kelihatan tidaklah menyediakan sebarang fungsi tambahan dan untuk menggunakannya, pemain perlu menghubungkan konsol PlayStation 5 dengan internet. Tetapan lain juga membenarkan pemain untuk bermain dengan resolusi 540p, 720p atau 1080p sahaja.

Memandangkan kami di Aksiz sendiri tidak mempunyai konsol PlayStation 5 untuk mencuba, kami percaya fungsi ini adalah sama dengan fungsi Vita Remote Play yang membenarkan pemain untuk bermain permainan PlayStation 4 di konsol PlayStation Vita, namun aplikasi ini menghubungkan antara PlayStation 5 dan PlayStation 4.

Leave a Reply