Dengan pelancaran permainan Call Of Duty: Black Ops Cold War pada minggu ini bersama kandungan musim pertama untuk permainan tersebut, hari ini Activision mengumumkan yang mana permainan tersebut akan menerima kemaskini yang menyegerak dengan permainan pertempuran royale iaitu Call Of Duty Warzone.

Pada 10 Disember ini, musim pertama untuk permainan Call Of Duty: Black Ops Cold War akan dilancarkan dan segala kemajuan pemain akan disegerakkan setelah berjaya tamatkan Military Ranks. Ini bermakna, pemain perlu dahulu melengkapkan Military Ranks tersebut dan kemudian ke peringkat bermusim untuk mendapat segala kemajuan antara ketiga-tiga permainan tersebut.

Sistem Military Ranks tersebut juga akan diperkenalkan di permainan Call of Duty Warzone dan Modern Warfare pada bulan Disember kelak. Pada masa yang sama, segala kemajuan Battle Pass juga akan diteruskan dan segala ganjaran pemain akan boleh diguna antara ketiga-tiga pemain.

Mudah kata, jika pemain bermain permainan Call Of Duty: Black Ops Cold War atau Modern Warfare di dalam mod multi-pemain, kemajuan pemain juga boleh digunakan untuk permainan Warzone dan boleh digunakan termasuk mod zombi.

Perkara yang sama juga untuk segala kemajuan senjata, di mana menurut Activision, segala senjata yang pemain nyah-kunci di dalam Modern Warfare dan Black Ops Cold War akan boleh digunakan di Warzone. Namun senjata dari Modern Warfare tidak boleh digunakan di Black Ops Cold Ware.

Untuk segala informasi lanjut, anda boleh membaca di blog rasmi Activision termasuklah informasi berkenaan rentas-platform dan juga Battle Pass yang membenarkan pemain untuk memiliki kesemua ganjaran antara permainan.

Call Of Duty: Black Ops Cold War akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Battle.net pada 13 November 2020 ini. Activision juga mengesahkan permainan ini turut akan tiba di konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series S.

Sohor Kini