Skip to main content

Bloodshot adalah antara filem baharu yang sempat ditayangkan di Malaysia, sebelum PKP bermula. Filem ini menerima sambutan yang hambar, tetapi masih boleh bertahan kerana selepas dua minggu di pawagam – filem ini ditawarkan secara digital. Filem ini dihasilkan oleh DMG Entertainment dan Sony Pictures yang mana mengadaptasi filem ini dari komik dengan judul yang sama oleh DMG Entertainment.

Sungguhpun begitu, mereka semua tidak mengalah dan masih bersemangat untuk teruskan dengan sekuel bagi filem ini. Cuma buat masa ini masih tiada sebarang informasi mengenai watak yang akan muncul serta jangkaan tarikh tayangan. Filem Bloodshot pada awalnya turut berhasrat untuk dikembangkan seakan MCU yang membawakan ramai adiwira dalam dunia tersendiri. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut bagi filem ini.

Sumber: CBR

Leave a Reply