Skip to main content

Devolver Digital dan Dodge Roll Games mengumumkan yang mana permainan Exit The Gungeon akhirnya akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One pada 13 November 2020 ini.

Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Switch, PC dan melalui langganan Apple Arcade di mana ia adalah permainan sampingan berdasarkan siri Enter The Gungeon.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, Dodge Roll Games juga mengumumkan kemaskini Hello To Arms juga akan dilancarkan buat kesemua platform di mana ia menyertakan beberapa kandungan baharu seperti mod Arsenal baharu, senjata baharu dan pelbagai kandungan tambahan lain secara percuma.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang hujung minggu ini di PlayStation 4 dan Xbox One. Manakala versi Switch, PC mahupun di peranti iOS, ia telah pun dilancarkan.

Leave a Reply