Skip to main content

343 Industries dan Xbox Game Studios hari ini akhirnya mengumumkan permainan terakhir untuk koleksi Halo: The Master Chief Collection untuk PC iaitu Halo 4 akan dilancarkan pada 17 November 2020 ini melalui Steam.

Seperti pelancaran permainan Halo sebelum ini, versi PC ini merupakan permainan yang dinaik-taraf khas buat platform PC di mana 343 Industries menyatakan ia akan dinaik-taraf dari segi visual dan juga bentuk permainan seperti sokongan resolusi 4K dan kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS.

Halo 4 merupakan permainan penembak yang asalnya dilancarkan pada 2012 lepas di konsol Xbox 360. Ia merupakan kesinambungan pengembaraan Master Chief, 4 tahun selepas Halo 3.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan ini, ianya boleh dibeli di Steam secara berasingan ataupun secara koleksi dengan harga hanya RM65 sahaja. Anda juga boleh dapatkannya di Microsoft Store dengan harga RM156.

Leave a Reply