Spesifikasi PC Untuk Immortals Fenyx Rising Diumumkan

Ubisoft hari ini telah berkongsi spesifikasi yang diperlukan untuk menjalankan Immortals Fenyx Rising di PC anda. Mereka telah berkongsi pelbagai tetapan serta spesifikasi untuk setiap daripadanya. Anda boleh lihat spesifikasi tersebut di bawah.

Ini merupakan antara tetapan yang dinyatakan sahaja, kelebihan bermain permainan di PC adalah anda boleh mengubah pelbagai tetapan lain untuk mendapatkan resolusi dan juga kadar kelancaran yang diinginkan. Namun, spesifikasi yang dikongsi ini sekurang-kurangnya boleh member anda gambaran awal.

Selain itu, mereka juga berkongsi video yang menerangkan lanjut mengenai pelbagai tetapan yang akan disertakan bagi memudahkan anda untuk mencari tetapan terbaik. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Immoprtals Fenyx Rising akan dikeluarkan pada 3 Disember 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, Stadia, dan PC (Uplay, Epic Games Store).

Sohor Kini