Seperti diacahkan sebelum ini, Rainbow Six Siege akhirnya berkongsi lanjut mengenai operator baharu untuk permainan multi-pemain tersebut iaitu Aruni, operator kelas Defenders dari Thailand yang mempunyai gajet Surya Gates.
Apabila Aruni menggunakan Surya Gates di mana-mana tempat kemasukan seperti di tingkap ataupun pintu, ia akan mengeluarkan grid laser, yang akan merosakkan dron ataupun serangan daripada lawan, ia juga akan mencederakan operator lawan yang melaluinya.
Surya Gates tidak boleh dihancurkan, tetapi boleh dipadam buat sementara waktu. Selepas penggunaan, Aruni boleh menembak untuk mengembalikan grid laser tersebut, ia juga boleh diubah lokasi. Aruni akan menggunakan senjata P10 Roni, rifel MK 14 EBR dan juga pistol PRB92.
Selain itu, Operation Neon Dawn just akan melakukan perubahan kepada peta Skyrscrapper termasuk juga untuk hiasan dalaman. Antara fokus perubahan adalah untuk mengelak Attacker daripada menyerang Defender tanpa memasuki bangunan.
Senjata Hibana iaitu X-Kairos juga oleh memilih untuk melakukan serangan sebanyak 2, 4 ataupun 6 palet pada satu masa. Manakala Yokai dron untuk Echo juga kini sentiasa diperlihatkan. Akhir sekali ADS gadget utnuk Jager boleh melakukan serangan sekali sahaja sebelum perlu di-cas semula.
Buat masa ini masih tiada tarikh untuk Operation Neon Dawn akan tiba, tetapi bermula 9 November ia boleh dicuba melalui pelayan ujian. Watak Aruni akan diperoleh pada hari pelancaran utnuk pemilik pas semusim tahun ke-5, beliau juga boleh didapati menggunakan Reown ataupun kredit R6.
Rainbox Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia akan menerima naik taraf percuma untuk PlayStation 5 dan Xbox Series.