Bloomberg telah melaporkan yang selepas penjualan PlayStation 4 yang mengecewakan di Jepun, Sony mengurangkan fokus mereka terhadap pasaran tersebut dan meningkatkan pemasaran di pasaran Amerika Syarikat yang merupakan pasaran permainan video tersebar di dunia.

Jurucakap Sony telah mengatakan yang laporan tersebut adalah tidak benar, Jepun masih lagi pasaran utama dan penting untuk mereka terutama ia juga akan menjadi antara pasaran awal yang menerima konsol tersebut.

Namun, berdasarkan laporan itu lagi, pemasaran di Jepun telah dikurangkan, kedai-kedai di Jepun juga mengatakan yang mereka menerim jumlah stok yang lebih sedikit berbanding PlayStation 3 sebelum ini.

Ini ditambah lagi dengan kebanyakan acara untuk PS5 telah diadakan berdasarkan waktu yang mesra zon masa Amerika Syarikat. Mereka juga telah memindahkan ibu pejabat ke negara tersebut pada tahun 2016. PlayStation juga sebelum ini telah dikritik oleh pemain di Jepun kerana mengubah butang pengesahan kepada ‘X’ berbanding ‘O’.

Microsoft pula telah dikatakan cuba untuk mempertingkatkan kehadiran mereka di pasaran negara matahari terbit tersebut dengan melancarkan bersama dengan pasaran Amerika Syarikat berbanding Xbox One dikeluarkan pada setahun selepas itu. Mereka juga dikatakan menyasarkan Xbox Series S dan langganan Xbox Game Pass untuk menjadi penarik utama.

Tambahan itu, Xbox Game Studios juga telah dikatakan cuba mengambil alih studio-studio Jepun walaupun pada waktu ini mereka masih tidak mencapai sebarang persetujuan dengan mana-mana studio.

Sama ada Microsoft berjaya ataupun tidak, serta Sony tidak lagi memfokuskan pasaran Jepun ataupun tidak, pasaran tersebut masih lagi merupakan pasaran utama bagi Nintendo.

Sohor Kini