Skip to main content

Intercept Games dan Private Division telah mengumumkan yang mereka menunda Kerbal Space Program 2 sekali lagi dan kini akan tiba pada tahun 2022. Ia sebelum ini sepatutnya dikeluarkan pada tahun ini sebelum ditunda ke tahun hadapan.

Mereka mengatakan yang pelbagai perkara baharu telah disertakan di dalam permainan ini, dengan keadaan pembangunan yang mencabar, mereka memerlukan lebih masa untuk memastikan ia tiba dengan kualiti terbaik.

Kerbal Space Program 2 sebelum ini telah mencetus kontroversi apabila dikatakan membatalkan kontrak dengan Star Theory untuk pembangunan permainan ini, sebelum mengambil pekerja-pekerja mereka selepas permintaan untuk pengambil-alihan studio ditolak.

Leave a Reply