Skip to main content

PlayStation telah berkongsi video pelancaran Godfall iaitu permainan ‘looter slasher’ oleh Counterplay Games dan Gearbox Publishing yang akan tiba untuk PlayStation 5 dan PC pada 12 November ini. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Pada pengakhiran video tersebut, PlayStation mengatakan yang Godfall adalah eksklusif untuk PS5 (dan PC), sekurang-kurangnya sehingga 12 Mei 2021. Di mana selepas tarikh tersebut Gearbox boleh keluarkannya untuk konsol lain.

Jika anda ingin bermain permainan ini pada 12 November ini, PS5 mungkin bukan pilihan kerana tidak pasti jika kita berpeluang untuk mendapatkan konsol pada tarikh tersebut, namun ia juga dikeluarkan untuk PC, di mana anda boleh melihat spesifikasi untuknya di sini – Spesifikasi PC Untuk Godfall Dikongsi.

Leave a Reply