tinyBuild dan Cradle Games telah mengumumkan yang permainan aksi RPG mereka Hellpoint akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series pada tahun 2021, pemilik di PlayStation 4 dan Xbox One akan menerima naik taraf percuma.
Ia boleh dimainkan di konsol generasi baharu pada hari pelancaran konsol melalui sokongan keserasian belakang, akan tetapi versi penambah-baikkan akan tiba kemudian. Melaluinya ia akan menyertakan dua pilihan mod grafik – ia adalah untuk PS5 dan Xbox Series X, Xbox Series S tidak disahkan;
- Mod Performance – Resolusi 4K (upscaled) dengan kadar kelancaran sehingga 60FPS
- Mod Quality – Resolusi 4K dengan kadar kelancaran sehingga 30FPS
Hellpoint sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada Julai tahun ini.