Bioware hari ini mengumumkan yang mereka sedang membangunkan Mass Effect Legendary Edition iaitu koleksi permainan Mass Effect untuk ‘Trilogi Shepard’ yang akan menerima penambah-baikkan untuk menyokong konsol terbaru.
Mereka mengatakan ia akan menyokong resolusi sehingga 4K dan akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One serta PC, versi PlayStation 5 dan Xbox Series akan hadir melalui keserasian belakang. Ia dijangka akan tiba pada suku kedua 2021.
Mass Effect Legendary Edition sudah lama diura-urakan, termasuk juga tersenarai di Agensi Penarafan Korea dan kini ia sudah diumumkan secara rasmi. Maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi pada Januari tahun depan.
Selain itu, mereka juga mengumumkan permainan terbaru untuk Mass Effect sedang dibangunkan. Ia masih di peringkat awal dan tidak banyak informasi yang dikongsi buat masa ini.