Dapatkan Permainan Dungeons 3 Secara Percuma Di Epic Games Store

Seperti biasa, minggu ini Epic Games menawarkan permainan yang anda boleh muat-turun secara percuma di mana bermula semalam sehingga 13 November 2020 apada jam 12 tengah malam ini.

Dungeons 3 merupakan permainan pengurusan dan pembinaan “Dungeon” di mana pemain boleh menghasilkan pentas permainan sendiri oleh Realmforge Studios dan Kalypso Media.

Sebelum ini, Epic Games mengumumkan permainan percuma minggu ini sepatutnya adalah Wargame: Red Dragon, namun atas sebab permainan tersebut ditunda, mereka menggantikan permainan Dungeons 3 ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh muat-turun permainan Dungeons 3 melalui Epic Games Store secara percuma.

Sohor Kini