KRAFTON iaitu syarikat induk untuk PUBG Corp hari ini mengumumkan yang mana mereka akan bekerjasama bersama Microsoft Azure untuk pengendalian sekuriti data bagi permainan Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG) sama ada di konsol, PC ataupun di permua iaitu PUBG Mobile.
Menurut KRAFTON, sekuriti data merupakan keutamaan mereka dan dengan kolaborasi ini, mereka ingin memastikan segala perlindungan data terutamanya permainan-permainan keluaran mereka.
Untuk meningkatkan lagi sekuriti tersebtu, KRAFTON juga menyatakan yang mana mereka juga bekerjasama bersama Microsoft untuk menyertakan fungsi verifikasi khas untuk memastikan segala data pemain terjaga dan mengikut segala keperluan mengikut rantau.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kolaborasi ini mungkin adalah jawapan KRAFTON untuk memastikan peningkatan sekuriti buat permua PUBG Mobile selepas ia diharamkan di India atas isu penyimpanan data luar dari negara tersebut.
Namun buat masa ini, PUBG Mobile tidak berkongsi sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara ini.