Seperti yang dijanjikan oleh Artplay dan NetEase sebelum ini, melalui laporan Gematsu, mereka akhirnya mengumumkan yang mana permainan Bloodstained: Ritual Of The Night akan dilancarkan secara rasmi di peranti telefon pintar iaitu iOS dan Android menjelang bulan Disember ini.
Berdasarkan senarai di iOS, ia kelihatan akan tiba pada 4 Disember 2020 dan ia akan dijual dengan harga $9.99(~RM42).
Bloodstained: Ritual Of THe NIght merupakan permainan pengembaraan dua dimensi oleh Artplay di mana ia dihasilkan oleh Koji Igarashi iaitu bekas penerbit untuk siri Castlevania.
Permainan ini dilancarkan secara rasmi pada tahun lepas di konsol dan menerima pelbagai permainan sampingan seperti Bloodstained: Curse Of The Moon yang mana turut mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain.