Sony Interactive Entertainment dan Sumo Digital minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini permainan Sackboy: A Big Adventure dengan mod multi-pemain secara atas-talian sekitar tahun ini.
Menurut pembangun, fungsi tersebut ditunda di mana ketika pelancarannya minggu hadapan, pemain hanya boleh bermain multi-pemain secara luar-talian dan setempat sahaja dan kemaskini untuk bermain secara atas-talian akan tiba melalui kemaskini permainan sekitar penghujung tahun ini.
Menurut Sony, kemaskini tersebut juga akan membenarkan sokongan rentas-platform antara pemain di PlayStation 4 dan PlayStation 5 untuk bermain bersama dan juga fungsi untuk memindah fail permainan dari PlayStation 4 ke PlayStation 5.
Sackboy: A Big Adventure akan dilancarkan pada 12 November 2020 ini di konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5. Ia sudah boleh di pra-tempah dan Sumo Digital mengumumkan pelbagai kandungan bonus di mana informasi lanjut berkenaannya boleh di baca di sini.