Melalui laporan Heroic Hollywood, Square-Enix dilaporkan mengalami kerugian sehingga $63 juta iaitu sekitar RM260 juta untuk permainan Marvel’s Avengers. Laporan tersebut menyatakan yang mana permainan tersebut hanya terjual sekitar 3 juta salinan sahaja sejak ia dilancarkan pada September lepas.
Seperti anda sedia maklum, permainan Marvel’s Avengers merupakan permainan yang dibangunkan oleh Crystal Dynamic dan diterbitkan oleh Square-Enix (Bandai Namco untuk pasaran Malaysia) untuk konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Dukacitanya, permainan tersebut mendapat beberapa kritikan dengan bentuk permainannya yang mengecewakan.
Square-Enix sebelum ini juga menunda pelancaran permainan tersebut untuk konsol generasi terkini dan menjanjikan pelbagai kandungan akan tiba termasuklah watak Spider-Man, Hawkeye dan sebagainya.
Kami sebelum ini juga telah mengulas permainan ini di mana anda boleh membaca dan menontonnya di bawah.
Layari : Ulasan Marvel’s Avengers – Berpotensi Tetapi Mengecewakan