Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Team 17 sebelum ini, beta terbuka untuk permainan pertempuran royale Worms, iaitu Worms Rumble akhirnya bermula secara rasmi.

Worms Rumble merupakan permainan pertempuran Royale baharu berdasarkan siri Worms di mana kali ini ia memfokuskan bentuk pertempuran secara masa nyata sebanyak 32 pemain serentak.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba beta ini, ia akan tiba secara percuma di PC melalui Steam. Manakala di PlayStation 4, ia boleh dimain secara percuma untuk pelanggan PlayStation Plus sahaja. Beta ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 9 November 2020 sahaja.

Menurut Team 17, beta terbuka ini akan menyertakan 2 mod utama iaitu Battle Royale secara solo ataupun berpasukan sebanyak 3 pemain dan juga mod Deathmatch yang memfokuskan pertempuran secara solo bersama 31 pemain lain. Ia juga menyertakan mod latihan dan menariknya, Team17 juga mengesahkan permainan ini akan menyokong rentas-platform antara PC dan PlayStation 4.

Worms Rumble akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember 2020 ini di konsol PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mencuba beta percuma, anda boleh memuat-turunnya melalui pautan di bawah.

Muat-Turun PS4: Worms Rumble Beta

Muat-Turun PC: Worms Rumble Beta

Leave a Reply