Shenmue III Akhirnya Akan Tiba Di Steam Pada 19 November Ini

Setelah setahun permainan Shenmue III dilancarkan di PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store, hari ini Deep Silver dan Ys Net akhirnya mengumumkan permainan tersebut akan tiba di Steam pada 19 November 2020 ini.

Menurut pembangun, dengan pelancaran di Steam ini juga buat mereka yang membiayai kempen permainan ini dan ingin dapatkan versi Steam, mereka boleh terus menerimanya kelak bersama ganjaran apabila ia dilancarkan kelak.

Pada masa yang sama, anda juga boleh melihat keperluan spesifikasi permainan tersebut di PC di bawah.

Minima:

  • Sistem Operasi: Windows 7×64, Windows 8×64, Windows 10×64 (64-bit OS)
  • Pemprosesan: Intel Core i5-4460 (3.40 GHz) atau lebih baik, Quad-core atau lebih baik
  • Memori: 4 GB RAM
  • Grafik: NVIDIA GeForce GTX 650 Ti atau lebih baik (DirectX 11 & VRAM 2GB)
  • Storan: 100GB

Dicadangkan:

  • Sistem Operasi: Windows 10 (64-bit)
  • Pemprosesan: Intel Core i7-7700 (3.60 GHz)
  • Memori: 16GB RAM
  • Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1070
  • Storan: 100GB

Shenmue III merupakan permainan kesinambungan Shenmue I dan II yang dilancarkan lebih dari 20 tahun lepas di konsol SEGA Dreamcast dan ia sekali lagi memfokuskan pengembaraan watak Ryo Hazuki.

Sohor Kini