Sony Interactive Entertainment dan Insomniac Games hari ini mengumumkan dua kostum baharu akan tiba buat permainan Marvel’s Spider-Man Remastered untuk konsol PlayStation 5.
Dua kostum yang diperlihatkan di bawah adalah kostum Arachnid Rider dan Armored Advanced yang diumumkan hari ini bersama kostum dari filem The Amazing Spider-Man yang diumumkan Oktober lepas.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Marvel’s Spider-Man Remastered merupakan edisi pernambah-baikkan khas buat konsol PlayStation 5 yang mana ia dijual melalui edisi Ultimate untuk permainan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales.
Buat masa ini, tarikh pelancaran kostum tersebut masih belum diumumkan dan berdasarkan James Stevenson, kostum-kostum tersebut turut akan tiba di pemilik permainan Marvel’s Spider-Man di konsol PlayStation 4.
Marvel’s Spider-Man Remastered akan tiba bersama Marvel’s Spider-Man: Miles Morales pada 12 November ini di konsol PlayStation 5. Kami juga baru sahaja mengulas permainan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales di mana anda boleh membacanya di sini.