Melalui laporan Polygon, permainan seram P.T. yang sangat terkenal beberapa tahun lepas sebagai demo untuk permainan Silent Hill boleh dimainkan di konsol PlayStation 5, bercanggah dengan apa yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut beberapa pihak media yang sudah pun memiliki konsol PlayStation 5, mereka berjaya memindah permainan tersebut dari konsol PlayStation 4 ke konsol PlayStation 5 tanpa sebarang masalah ketika penghujung Oktober lepas. Malah menariknya, mereka juga berupaya untuk bermain permainan tersebut tanpa sebarang masalah di PlayStation 4.

Namun, setelah beberapa kemudian, Michael McWhertor dari Polygon mendapati permainan tersebut sudah tidak boleh diakses dan ia dilabelkan sebagai permainan yang hanya boleh dimainkan di konsol PlayStation 4. Selain itu, beliau juga didapati tidak boleh memindah permainan P.T. ke konsol tersebut setelah ia ditetapkan semula.

Polygon kemudian menghubungi pihak Sony berkenaan masalah tersebut dan mereka menyatakan yang mana keputusan tersebut adalah berdasarkan keputusan penerbit.

Seperti anda sedia maklum, penerbit permainan P.T. adalah Konami dan kami percaya atas sebab permainan tersebut sudah dibuang dari PlayStation Store, Konami mungkin tidak ingin permainan tersebut kembali ke konsol generasi seterusnya dan ingin terus kuburkannya.

Sohor Kini