Digital Extreme hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Warfareme ke kosol PlayStation 5 sekitar tahun ini.
Melalui pengumuman ini, mereka berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan penaik-tarafan visual permainan tersebut termasuklah pemuatan permainan yang lebih pantas.
Melalui kenyataan rasmi Digital Extremes di Blog PlayStation, mereka menjanjikan visual yang lebih tinggi dengan pencahayaan yang lebih dinamik. Pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan sokongan alat kawalan DualSense dengan picu penyesuaian dan pemuatan yang lebih pantas, seperti yang diperlihatkan di video di atas di mana konsol PlayStation 5 hanya memuat permainan sekitar 10 saat sahaja berbanding PlayStation 4 selama 40 saat.
Warframe adalah permainan percuma yang dibangunkan oleh Digital Extremes di mana ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.
Bagi pelancaran di PlayStation 5, Digital Extremes masih belum mengumumkannya dan bagi anda berminat untuk mencubanya di platform lain, anda boleh ke laman rasmi permainan tersebut untuk memuat-turunnya.