Seperti yang dijanjikan oleh Sony sebelum ini, hari ini mereka akhirnya memperlihatkan bentuk permainan Destruction Allstars secara rasmi di mana ia menyertakan beberapa mod permainan dan bentuk multi-pemain yang akan tiba di konsol PlayStation 5 kelak.

Seperti yang kami laporkan, Destruction Allstars merupakan permainan pertempuran arena berkenderaan di mana ia ditunda sehingga bulan Februari ini untuk konsol PlayStation 5. Menurut mereka, permainan ini akan diberi akses percuma selama dua bulan bermula bulan Februari kelak.

Dari segi bentuk permainan yang ditunjukkan di atas, Destruction Allstars akan mempunyai empat mod permainan utama iaitu Mayhem, Carnado, Stockpile dan Gridfall. Setiap satu mod tersebut mempunyai beberapa bentuk permainan berbeza dan boleh dimainkan secara solo atau berpasukan untuk mod Mayhem, Carnado dam Gridfall. Manakala bagi mod Stockpile ia memfokuskan bentuk berpasukan.

Selain itu, permainan ini juga akan menyediakan bentuk latihan, cabaran untuk pemain dan pelbagai ganjaran yang pemain boleh gunakan kosmetik untuk watak-watak pemain termasuklah kenderaan.

Dari segi tarikh pelancaran rasmi, kami akan mengemaskininya setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini