Riot Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara khas League Of Legends All-Star secara digital pada 18 hingga 20 Disember 2020 ini.

Menurut Riot Games, memandangkan acara ini diadakan secara digital dan kesemua pemain akan bertanding di rumah ataupun studio secara atas-talian, mereka akan membahagikan acara tersebut kepada dua format utama iaitu Underdog Uprising dan Superstar Showdown.

Bagi format Underdog Uprising, ia akan bermula pada 18 Disember di mana pasukan pemain adalah berdasarkan pemain yang diundi oleh peminat antara rantau-rantau yang akan bertanding. Manakala untuk Superstar Showdown, ia akan berlangsung pada 19 dan 20 Disember yang terdaripada pasukan-pasukan rasmi Leagoe Of Legends seperti LCK, LCS, LEC dan LPL.

Bagi anda yang berminat untuk menonton acara tersebut, anda boleh ke laman rasmi LoL Esports di mana di sana, anda juga boleh mengundi untuk acara Underdog Uprising di mana ia akan bermula 9 November 2020 ini.

Sohor Kini