Skip to main content

505 Games hari ini mengumumkan permainan baharu Drawn To life akan dilancarkan pada bulan Disember ini iaitu Drawn To Life: Two Realms. Menurut mereka, permainan tersebut akan tiba di konsol Switch, PC melalui Steam dan di peranti iOS dan Android.

Drawn To Life: Two Realms merupakan permainan pengembaraan seterusnya untuk siri tersebut di mana kali ini, pemain sekali lagi berupaya untuk menghasilkan watak pemain sendiri dengan pelbagai pengubah-suaian tambahan.

Menurut 505 Games, permainan ini dihasilkan oleh pembangun asal siri permainan tersebut yang mana ia merupakan sekuel terus daripada permainan sebelum ini dan memfokuskan penceritaan baharu.

Drawn To Life: Two Realms akan dilancarkan pada 8 Disember 2020 ini di PC dan konsol Switch dengan harga hanya RM29 manakala versi permua untuk iOS dan Android, ia akan dijual dengan harga RM19.90 sahaja.

Leave a Reply