Sea of Thieves Menyokong 4K Dengan Kadar Kelancaran 60FPS Di Xbox Series X

Antara permainan terawal yang akan menerima penambah-baikkan apabila Xbox Series dikeluarkan kelak adalah Sea of Thieves, Rare Limited telah mengumumkan permainan tersebut akan menyokong resolusi sehingga 4K di Xbox Series X dan 1080p di Xbox Series S, dan kedua-duanya dengan kadar kelancaran sehingga 60FPS.

Seperti mana permainan-permainan di konsol generasi baharu yang lain, ia juga akan menyokong kadar pemuatan yang lebih pantas bersama dengan peningkatan grafik yang lain-lain.

Sea of Thieves sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan PC. Bagi pemilik permainan ini, naik taraf ke versi Xbox Series akan diperoleh secara percuma, selain itu ia juga boleh didapati melalui Xbox Game Pass.

Sohor Kini