Skip to main content

Melalui laporan pendapatan Activision Blizzard baru-baru ini, Daniel Alegre iaitu ketua pegawai operasi syarikat tersebut, mereka berminat untuk membawa lebih banyak francais permainan mereka ke platform peranti mudah-alih seperti telefon pintar.

Menurut laporan, atas sebab kejayaan permua Call Of Duty: Mobile yang mencapai jumlah muat-turun yang tinggi, mereka berasa ia adalah satu peluang yang baik untuk membawanya ke platform yang laku tersebut.

Seperti anda sedia maklum, Activision Blizzard juga sebelum ini mengumumkan dua francais utama permainan mereka iaitu Diablo dan Crash Bandicoot juga akan tiba di telefon pintar tidak lama lagi iaitu Diablo Immortal dan Crash Bandicoot: On The Run.

Semestinya ini adalah perkara biasa memandangkan jumlah pemain di peranti mudah-alih telefon pintar sangat banyak dan dengan melancarkan permainan berbentuk percuma dengan kandungan mikro-transaksi, ia juga pasti akan membawa pendapatan yang sangat banyak.

Kelak, kita mungkin akan menerima pelbagai lagi permainan dari Activision Blizzard akan ke peranti mudah-alih seperti Sekiro, Overwatch, Star Craft dan sebagainya.

Sumber: PhoneArena

Leave a Reply