Melalui laporan pendapatan Nintendo bagi bulan September 2020 ini, Nintendo hari ini mengumumkan yang mana konsol Switch telah pun mencapai jumlah jualan melebihi 68.3 juta unit, sekaligus peningkatan sebanyak 6.6 juta unit jualan sepanjang 3 bulan lepas.

Dengan jumlah tersebut, konsol Switch juga kini telah terjual melebihi berbanding konsol Nintendo Entertainment System (NES) yang mana terjual sebanyak 61.9 juta unit. Dengan kelajuan hasil jualan konsol tersebut, kami juga percaya ia akan terus laku dan meninggalkan konsol Nintendo lain seperti 3DS dan mungkin Nintendo Wii.

Pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan beberapa permainan baharu mereka juga mencapai jumlah jualan yang tinggi termasuklah permainan Super Mario 3D All-Stars sebanyak 5.21 juta, Paper Mario: The Origami King sebanyak 2.82 juta dan juga Xenoblade Chronicles: Definitive Edition sebanyak 1.4 juta unit.

Dari segi jumlah keseluruhan permainan di konsol Switch, seperti biasa permainan Mario Kart 8 Deluxe ditempatkan pada takhta pertama dengan jumlah jualan sebanyak 28.99 juta unit diikuti dengan permainan Animal Crossing: New Horizons sebanyak 26.04 juta unit.

Sohor Kini