2018 lepas, Capcom mengumumkan satu kolaborasi khas bersama penyanyi Rock terkenal dari Jepun iaitu HYDE dari L’Arc~En~Ciel dengan muzik latar Mad Qualia.
Terkini, bersempena dengan pelancaran Devil May Cry 5 Special Edition untuk konsol generasi seterusnya, Capcom hari ini mengumumkan satu lagi kolaborasi muzik baharu iaitu muzik “Defeat” turut akan tiba dengan pelancaran permainan tersebut.
Seperti yang anda lihat melalui video acah di atas, semestinya muzik tersebut mempunyai elemen Rock yang sangat bersesuaian dengan watak Vergil yang bakal tiba bersama edisi baharu permainan tersebut.
Sebelum ini, kami juga melaporkan yang mana permainan tersebut sudah pun boleh dipra-tempah dan kandungan untuk bermain sebagai Vergil akan tiba pada 15 Disember ini.
Devil May Cry 5 Special Edition akan tiba secara digital pada 10 November 2020 ini untuk Xbox Series dan 12 November 2020 ini untuk konsol PlayStation 5. Versi fizikal akan dilancarkan pada 1 Disember ini.
Sumber: Gematsu