Seperti anda sedia maklum, permainan Call Of Duty: Black Ops Cold War akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada 13 November 2020 ini.

Bersempena dengan itu, Activision hari ini mengumumkan yang mana permainan tersebut akan boleh mula dipra-muat untuk beberapa platform di mana berikut adalah senarai tarikh dan masa pra-muat permainan tersebut:

  • PlayStation 4 – Pra-Muat bermula 6 November 2020 pada jam 1 petang.
  • Xbox One – Pra-Muat bermula 6 November 2020 pada jam 1 petang.
  • PC (Battle.net) – Pra-Muat bermula pada 11 November 2020 pada jam 2 pagi.
  • PlayStation 5 Dan Xbox Series – Pra-Muat bermula mengikut tarikh pelancaran konsol tersebut, 12 November untuk PlayStation 5 dan 10 November untuk Xbox Series.

Pada masa yang sama, Activision juga mengumumkan jumlah keperluan saiz permainan tersebut mengikut platform untuk memudahkan pemain pra-muat bermula esok. Meskipun begitu, menurut Activision, pada masa akan datang, permainan ini mungkin akan memerlukan lebih banyak keperluan storan untuk kemaskini akan datang.

Berikut adalah keperluan storang Call Of Duty: Black Ops Cold War untuk hari pertama:

  • PlayStation 4 – 95GB
  • PlayStation 5 – 133GB
  • Xbox One – 93GB
  • Xbox Series X dan S – 136GB
  • PC – 125GB untuk tetapan grafik Ultra, 35GB untuk Multi-Pemain sahaja dan 82GB untuk permainan penuh

Selain itu, Activision juga mengumumkan kandungan bonus khas buat mereka yang pra-tempah permainan ini secara digital iaitu pek senjata Confrontation. Melaluinya, pemain akan terus menerima ganjaran kosmetik tersebut untuk dua senapang setelah pemain dapat fungsi Create-A-Class melalui mod multi-pemain.

Call Of Duty: Black Ops Cold War akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Battle.net pada 13 November 2020 ini. Activision juga mengesahkan permainan ini turut akan tiba di konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series S.

Kami sebelum ini juga telah berkongsi pandang pertama untuk Beta permainan ini di mana anda boleh membacanya di sini. Manakal untuk keperluan spesifikasi di PC, anda boleh ke artikel ini.

Sohor Kini