Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh EA dan Respawn Entertainment sebelum ini, musim ketujuh untuk permainan Apex Legends kini akhirnya akan bermula secara rasmi pada hari ini di mana ia menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti watak baharu, Horizon.

Horizon merupakan watak seterusnya untuk permainan ini di mana beliau mempunyai beberapa senjata dan gajet khas yang berupaya untuk memanipulasi graviti di mana ia boleh digunakan untuk kegunaan pasukan ataupun memanipulasi graviti musuh. Horizon juga dilengkapi dengan robot peneman N.E.W.T, yang akan membantu pemain dan juga berupaya untuk menggunakan bom “Black Hole” kecil sebagai kuasa terkuat beliau.

Untuk keseluruhan bentuk permainan watak Horizon, anda boleh menonton video di bawah. Sebelum ini, EA juga berkongsi satu video khas penceritaan watak tersebut di mana nama penuh beliau adalah Dr. Mary Somers.

Dari segi kandungan musim ketujuh pula iaitu Ascension ini, EA juga berkongsi satu peta baharu untuk pemain iaitu Olympus, di mana ia adalah sebuah bandaraya terapung. Melaluinya ia menyertakan beberapa lokasi bangunan yang agak tinggi dan apda masa yang sama pemain juga boleh memandu Trident, iaitu sebuah Hovercraft di dalam kawasan peta tersebut.

Selain itu, seperti biasa musim ketujuh ini juga akan menyertakan pas musim baharu bersama pelbagai ganjaran yang pemain boleh dapatkan seperti kostum baharu, perhiasan kosmetik senjata dan sebagainya.

Apex Legends telah pun dilancarkan secara percuma di Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Origin. Versi Steam juga akan tiba sekitar tengah hari ini bersempena dengan pelancaran musim ketujuh ini.

Leave a Reply