Skip to main content

FINAS telah mengeluarkan laporan terkini untuk kutipan filem tempatan bagi tahun ini sehingga bulan Oktober lepas, dan tidak mengejutkan sesiapa ia memperlihatkan satu jumlah yang sangat berkurangan jika ingin dibandingkan dengan tahun lepas.

Pada tahun lepas, dengan bantuan filem seperti Ejen Ali, Boboiboy serta Upin Ipin, kutipan untuk filem tempatan mencecah RM135 juta dan jumlah keseluruhan filem yang dikeluarkan adalah 45 filem. Manakala untuk tahun 2020, dengan 23 filem ditayangkan, ia hanya membawa kutipan sebanyak RM12 juta sahaja.

Benar, masih terdapat dua bulan lagi pada tahun ini, akan tetapi dengan keseluruhan pawagam di Malaysia akan ditutup pada bulan ini, hanya tinggal bulan Disember sahaja, di mana kami merasakan tidak banyak penerbit filem yang ingin melakukan tayangan buat masa ini.

Ini sudah semestinya satu perkara yang sangat mendukacitakan bagi industri perfileman tempatan, tetapi oleh kerana pandemik Covid-19, ia tidak dapat dielakkan.

Leave a Reply