Skip to main content

Moonton telah mengumumkan yang permainan MOBA mudah alih mereka iaitu Mobile Legends: Bang Bang telah dimuat turun sebanyak 1 bilion kali, sejak dilancarkan pada pada 4 tahun lepas. Selain itu, jumlah masa bermain telah mencecah 2.9 juta tahun daripada 9.77 bilion perlawanan.

Sempena dengan pencapaian tersebut mereka juga telah berkongsi satu video yang boleh ditonton di bawah. Serta menawarkan watak Benedetta secara percuma kepada semua pemain yang log masuk bermula pada 7 November sehingga 8 November ini.

https://www.youtube.com/watch?v=3TnxFn3QGB8

Mobile Legends Bang Bang sudah boleh dimuat turun untuk iOS dan Android secara percuma, dan mengandungi pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply