Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan promosi jualan khas bersempena 11.11 akan bermula 11 hingga 20 November 2020 dengan beberapa jualan berkas konsol PlayStation 4 dan alat kawalan DualShock 4.

Melalui promosi tersebut, Sony menawarkan dua berkas konsol PlayStation 4 seperti imej di atas yang terdiri daripada:

  • PlayStation 4 Mega Pack – RM1,349 RM1,049
    • Konsol PlayStation 4 1TB
    • 1 Alat kawalan DualShock 4
    • Permainan God Of War (Fizikal)
    • Permainan Horizon Zero Dawn Complete Edition (Fizikal)
    • Permainan The Last Of Us Remastered (Digital)
    • Kod Langganan PlayStation Plus selama 3 Bulan
  • PlayStation 4 Pro Bundle – RM1,799 RM1,399
    • Konsol PlayStation 4 Pro 1TB
    • Dua alat kawalan DualShock 4
    • Permainan God Of War (Fizikal)
    • Permainan The Last Of Us Remastered (Fizikal)

Selain itu, Sony juga menawarkan alat kawalan DualShock 4 dengan harga serendah RM179 untuk beberapa warna pilihan sahaja.

Bagi anda yang berminat, tawaran dan promosi tersebut boleh didapatkan melalui mana-mana pengedar rasmi PlayStation.

Sohor Kini