Bagi anda yang masih bermain permainan perlumbaan Project CARS 3, Bandai Namco hari ini akhirnya melancarkan penambahan DLC pertama buat permainan tersebut iaitu pek “Legends” secara rasmi buat semua platform permainan tersebut.

Pada masa yang sama, Bandai Namco juga mengumumkan kemaskini percuma buat semua pemain iaitu litar Yas Marina di Abu Dhabi turut tiba buat semua pemilik permainan ini.

Melalui pek “Legends”, Bandai Namco menyatakan ia akan menyertakan 3 kenderaan klasik dari tahun 1990an iaitu Toyoto Supra mkIV Turbo, Mazda Rx-7 R2 dan Acura NSX.

Selain itu, DLC tersebut juga akan menyertakan beberapa kandungan tambahan lain seperti acara tambahan, watak baharu bersama kostum dan helmet berbeza dan juga pelbagai lagi kandungan pengubah-suaian kenderaan seperti tayar, rim dan sebagainya.

Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum, DLC ini juga merupakan DLC pertama daripada empat DLC yang akan dilancarkan bersama pas musim permainan tersebut di mana DLC seterusnya iaitu pek “Style”, pek “Power” dan pek “Electric” akan tiba secara berperingkat bermula Disember ini sehingga tahun hadapan.

Project CARS 3 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC di mana kami sebelum ini juga telah pun mengulasnya di mana anda boleh membacanya di sini.

Sohor Kini