Dengan pelancaran Dragon Quest XI S: Echoes Of An Elusive Age yang semakin hampir pada bulan Disember ini, hari ini Square-Enix mengumumkan yang mana mereka kini melancarkan demo khas buat permainan tersebut secara percuma di semua platform yang ia akan tiba kelak.

Menurut Square-Enix, demo tersebut akan menyertakan kandungan sehingga 10 jam permainan dan menariknya, segala kemajuan pemain juga boleh dibawa ke permainan penuh setelah ia dilancarkan kelak.

Dragon Quest XI S: Echoes Of An Elusive Age merupakan versi penambahan untuk permainan Dragon Quest XI yang sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Switch. Kini Square-Enix turut akan membawa permainan ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC di mana ia menyertakan penambahan penceritaan, mod 16 bit dan beberapa kandungan tambahan lain.

Bagi anda yang ingin memuat-turun demo tersebut, anda boleh melayari pautan di bawah.

Muat-Turun PS4: Demo Dragon Quest XI S

Muat-Turun Xbox One: Demo Dragon Quest XI S

Muat-Turun PC Steam: Demo Dragon Quest XI S

Sohor Kini