Skip to main content

Permainan utama Vampire: The Masquerade iaitu Bloodlines 2 telah ditunda ke tahun depan, tetapi ia telah menerima pelbagai permainan lain di dalam genre yang berbeza. Antaranya adalah novel visual iaitu Vampire: The Masquerade โ€“ Coteries dan Shadows of New York.

Minggu ini, studio Sharkmob telah mengumumkan yang mereka sedang membangun permainan battle royale berdasarkan dunia Vampire: The Masquerade dan ia dijangka akan tiba pada separuh pertama tahun 2021. Anda boleh tonton video acah di bawah.

Berdasarkan pengenalan yang dikongsi, permain akan bertempur di bandar Prague dan boleh menggunakan pelbagai kuasa, senjata dan juga darah untuk memburu pemain lain. ia boleh dimainkan berseorangan ataupun dengan rakan.

Maklumat mengenainya masih lagi tidak banyak termasuk juga platform ia akan tiba, tetapi ia sudah semestinya sangat berbeza dengan premis dunia Vampire: The Masquerade yang lebih “menyorok” berbanding bertempur untuk battle royale.

Leave a Reply