Pada bulan lepas, OnePlus telah mengacah telefon pintar mereka iaitu OnePlus 8T akan menerima edisi khas untuk Cyberpunk 2077. Hari ini, mereka akhirnya memperlihatkan rekaan secara rasmi. Selain menyertakan rekaan berbeza kepada rekaan telefon, ia juga mempunyai antaramuka seakan permainan Cyberpunk 2077.
OnePlus 8T Cyberpunk 2077 ini diumumkan untuk pasaran China dan boleh didapati dengan harga RMB 3999(~RM2,484). Ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 865, 12GB Ram dan 256GB storan. Di dalam kotak, ia juga menyertakan rangka istimewa dan pelbagai pelekat.
Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 10 Disember untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.