Mihoyo Technology telah berkongsi lanjut mengenai kemaskini utama untuk permainan Genshin Impact iaitu 1.1 yang akan tiba pada 11 November ini. Ia antaranya akan menyertakan watak, penceritaan baharu dan sokongan untuk PlayStation 5.

Kemaskini ini akan menambah misi dan penceritaan akan diteruskan di mana ia akan menyertakan pengakhiran untuk bab Liyue. Ia juga akan menerima bab-bab baharu.

Terdapat 4 watak baharu yang akan disertakan iaitu 2 5-star iaitu Childe dan Zhongli. Childe merupakan watak elemen Hydro yang menggunakan panah dan Zhongli elemen Geo yang menggunakan tombak. Manakala 2 watak 4-star pula adalah Xinyan dan Diona.

Ia juga akan menyertakan acara musim iaitu ‘Unreconciled Stars’ yang akan memerlukan pemain untuk melawan bencana yang akan itiba di Teyvat. Acara dua minggu ini akan mempunyai pelbagai misi, cabaran koperasi yang akan memberikan ganjaran watak Fischl.

Selain itu, mereka juga memperkenalkan sistem ‘Reputation’ yang membolehkan pemain untuk membina reputasi di sesuatu benua yang akan memberikan pelbagai ganjaran termasuk juga barangan eksklusif untuk benua tersebut.

Tambahan lain adalah seperti waypoint yang boleh digerakkan, tempat masak yang boleh digerakkan, kompas untuk treasure dan oculus resonance stones yang akan memudahkan pengembaraan.

Kemaskini ini juga akan adalah persediaan untuk PlayStation 5, di mana permainan ini boleh terus dimainkan apabila ia tiba pada 12 November dan 19 November. Ia akan memberikan kualiti grafik lebih baik serta kadar pemuatan yang lebih pantas.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation4, PC, iOS dan Android. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini – Genshin Impact.

Sohor Kini