Kemaskini: Ghost Town Games dan Team 17 mengesahkan yang mana permainan ini turut akan tiba di konsol Xbox Series pada 10 November 2020.

Artikel Asal: Sebelum ini, Team 17 dan Ghost TOwn Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Overcooked! All You Can Eat di konsol generasi seterusnya di mana ia menyertakan kedua-dua permainan Overcooked! sebelum ini kandungan baharu.

Terkini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan di mana ia akan tiba di PlayStation 5 pada 12 November ini. Manakala versi Xbox Series pula akan diumumkan kemudian. Namun ia masih lagi dijadualkan untuk tiba tahun ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan Overcooked! All You Can Eat menyertakan dua permainan Overcooked! sebelum ini bersama dengan kandungan baharu. Antara yang diperlihatkan di video acah dia tas adalah watak tukang masak baharu iaitu Everpeckish Chef bersama peringkat dan dapur baharu.

Selain itu, versi ini juga menyertakan pelbagia penaik-tarafan lain seperti visual resolusi sehingga 4K dan juga kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS. Dengan lebih dari 200 peringkat yang dilancarkan sebelum ini dengan lebih dari 80 watak tukang masak, permainan ini juga akan menyertakan sokongan rentas-platform antara kedua konsol tersebut untuk sesi multi-pemain secara atas-talian.

Bagi pelancaran di konsol Switch dan PC, Team 17 masih belum mengumumkannya.

Sohor Kini