Hujung minggu lepas, The Dark Pictures iaitu antologi permainan seram oleh Bandai Namco dan Supermassive Games dilancarkan secara rasmi iaitu Little Hope yang memfokuskan penceritaan seram di perkampungan Little Hope.

Seperti biasa, pada penghujung permainan tersebut, Bandai Namco akan mengacahkan permainan seterusnya untuk antologi dan melalui saluran WccftechPlays di bawah, permainan seterusnya bertajuk House Of Ashes.

Menariknya, berdasarkan video acah yang diperlihatkan, ia kelihatan akan memfokuskan askar di kawasan padang pasir dan dibintangi oleh pelakon hollywood terkenal, Ashley Tisdale. Video acah tersebut juga menyatakan yang mana permainan tersebut akan dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Namun buat masa ini, Bandai Namco masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut dan kami akan mengemaskini setelah ia diumumkan kelak.

The Dark Pictures: Little Hope akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 30 Oktober 2020 lepas. Permainan pertama untuk antologi tersebut iaitu Man Of Medan juga sebelum ini telah pun dilancarkan dan kami telah pun mengulaskannya di sini.

Sohor Kini