Insomniac Games hari ini mengumumkan yang kostum seterusnya yang akan disertakan sebagai ganjaran untuk pra-tempah permainan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales adalah kostum daripada filem animasi Into the Spider-Verse.
Menariknya, seperti yang anda dapat lihat daripada video di atas, ia juga mempunyai kadar kelancaran berbeza dengan permainan iaitu 24FPS, memberikan perasaan yang sama seperti di dalam filem. Ia boleh ditutup jika anda tidak menyukainya. Ia juga akan menyertakan efek khas seperti di dalam filem.
Kostum akan diperoleh secara terus kepada pemain yang pra-tempah tetapi ia juga boleh didapati di dalam permainan untuk kesemua pemain-pemain lain. Marvel’s Spider-Man: Miles Morales akan dikeluarkan pada 12 November untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.