Crunchyroll adalah platform penstriman anime popular. Ia adalah perkhidmatan milik WarnerMedia, iaitu syarikat di sebalik, HBO Go, HBO Max dan banyak lagi. Perkhidmatan ini sedang dalam perbincangan dengan Sony untuk diambil alih oleh mereka. Menurut laporan dari  Nikkei, Sony sudah pun berada di fasa akhir perbincangan.

Jika perjanjian ini berjaya, Sony mungkin akan membelanjakan sebanyak  $975 juta. Dengan pengambilalihan ini, Sony boleh bersaing dengan Netflix untuk kandungan Anime. Netflix baru-baru ini mengumumkan yang kandungan Netflix Originals semuanya akan ditawarkan di seluruh dunia. Sony buat masa ini hanya ada Aniplex, dan Funimation yang diambil-alih pada 2017 yang lepas.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut. Harapnya jika pengambilalihan telah selesai, ia akan ditawarkan secara meluas dan tidak terhad di beberapa negara sahaja.

Sumber: Amanz

Sohor Kini